E-KPKP INTRANET AHLI KPKP  
 

pure css menu by Css3Menu.com

 

Berita Semasa

 

Tahniah kepada semua anggota KPKP bagi kehadiran MAK- 20 Tahun 2017


Adalah dengan hormatnya bagi pihak kami mewakili Anggota Lemabaga dan kakitangan pengurusan mengucapkan terima kasih diatas kerjasama anggota-anggota yang telah hadir di Mesyuarat Agung Kawasan kali ke 20 baru-baru ini.Semoga KPKP akan terus berjaya dan terus maju pada masa akan datang.

Sekian untuk makluman

 

  Pengesahan Penyata Anggota bagi tahun berakhir 2016
 

Untuk makluman Anggota KPKP sila buat pengesahan penyata bagi tahun berakhir 2016 melalui sistem e-Semak menggunakan akaun masing-masing, Kerjasama daripada tuan/puan amat dihrapkan bagi melicinkan lagi urusan pihak pengurusan dan Juru Audit KPKP

Sekian DiMaklumkan Terima kasih

~sila tekan untuk ke sistem esemak

 

MAKLUMAN PERTUKARAN KAWASAN IM & KTN 5


Mulai 1 Januari 2017 dimaklumkan bahawa terdapat 2 kawasan yang terlibat dengan pertukaran. iaitu kawasan Indera Mahkota (IM) di pecahkan kepada 2 kawasan mengikut persempadanan semula menjadi IM1 dan IM2. Manakala kawasan Kuantan5 (KTN5) telah digabungkan bersama Kuantan 4 (KTN4), Notis pertukaran kawasan akan dihantar kepada anggota yang terlibat sahaja mengikut alamat Jabatan masing-masing.

Sekian untuk makluman

 

 

Pembayaran Online Banking (OLB)

 

Untuk makluman!!! mulai bulan Januari 2017 kesemua pembayaran kepada anggota akan terus dikreditkan (Tanpa Cek) ke akaun bank anggota yang berdaftar dengan KPKP. Sila kemaskini akaun bank bagi anggota yang belum berbuat demikian

"Selamat Tahun Baru Dari Kami Warga KPKP, Sekian Terima Kasih''

 

Notis Kemaskini No Akaun CIMB Dari No Akaun Lama (14 Digit) Ke No Akaun Baru (10 Digit)

 

Kepada anggota-anggota yang mempunyai akaun bank CIMB yang masih belum menukar no 14 digit sila kemaskini no akaun anda ke no akaun terbaru (10 digit). Ini kerana no akaun lama (14 Digit) tersebut tidak dapat di proses lagi mulai 1 Januari 2017. Sila ambil tindakan segera kerana akan melibatkan pembayaran DIviden pada tahun akan datang. Sekian Terima Kasih

 

Mesyuarat Pinjaman (Rayuan)

 

Dimaklumkan Anggota Lembaga mengadakan mesyuarat pinjaman bagi proses rayuan pada setiap akhir bulan. Oleh itu anggota digalakkan menelefon terlebih dahulu ke bahagian proses sekiranya ingin membuat pinjaman bagi melancarkan urusan tuan/puan. (hanya melibatkan proses rayuan sahaja)

 

Notis Perubahan Borang Pinjaman & Pembiayaan

 

SENARAI PERUBAHAN (SISTEM & BORANG)

LAMA

BARU

PINJAMAN

PEMBIAYAAN

AL QARDHUL HASAN

AL QARDH

AL BAI' AINAH

BAI' AL INAH

AL BAI' U BITHAMAN AAJIL

BAI' BITHAMAN AAJIL

 PENGUMUMAN

Berkuat kuasa pada 1 Oktober 2016, beberapa perubahan akan dilaksanakan oleh pihak KPKP, antaranya :

1. Perubahan Borang Pinjaman & Pembiayaan
2. Tambahan Fi & Caj bagi setiap pembiayaan

 

Beberapa perubahan ke atas borang dan juga kaedah perlaksanaan telah dibuat dan anggota perlu memenuhi kehendak tersebut bagi memastikan pembiayaan yang dikeluarkan mematuhi kehendak Syariah.

Dari segi pelaksanaan, Pembiayaan Bai' Bithaman Aajil (BBA) akan diberi pembiayaan kepada barangan pengguna sahaja dan tiada lagi pembiayaan barangan kemudian ditukarkan kepada bentuk tunai sepertimana yang diamalkan sebelum ini bagi pembiayaan barang kemas dan juga telefon.

Sekiranya anggota ingin mendapatkan kemudahan BBA, Koperasi akan membiayai pembelian barangan tersebut, kemudian menjual kepada anggota secara bertangguh serta memastikan anggota mendapat barangan sepertimana yang diperlukan.

Bagi pembiayaan Bai Al Inah, ianya khusus untuk membiayai keperluan wang tunai seperti yang diamalkan ketika ini. Pembiayaan Bai Al Inah akan diwujudkan secara 2 atau 3 kod (mengikut kesesuaian) tuntutan agar anggota boleh memohon pembiayaan tunai mengikut keperluan mereka tanpa membuat pembiayaan berlapis 'overlapping'. Walaubagaimanapun, ianya masih tertakluk kepada had maksima RM50,000 dan juga kelayakan gaji anggota.

 

Tambahan Fi & Caj bagi setiap pembiayaan

Berkuat kuasa pada 1 Oktober 2016 juga, caj duti setem akan dikenakan bagi setiap permohonan pembiayaan. Kadar caj yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah RM5 bagi setiap RM1000 pembiayaan. Walaubagaimanapun, KPKP masih belum menetapkan jumlah sebenar caj yang dikenakan kerana masih dalam perbincangan dengan pihak berwajib. KPKP akan memaklumkan caj berkenaan kelak.

KPKP juga telah melaksanakan semakan melalui sistem Speakar ANGKASA bagi pembiayaan melebihi RM30,000 dan juga pembiayaan yang bermasalah bagi memastikan tahap keberhutangan anggota. Setiap laporan yang dikeluarkan akan dicaj sebanyak RM6.70 dan anggota hanya perlu membayar sebanyak RM5 sahaja, manakala selebihnya ditanggung oleh KPKP.

   
   
  KEMPEN PENAMBAHAN SAHAM TAHUN 2016
  Adalah dimaklumkan pihak KPKP amat mengalu-alukan bagi anggota yang ingin menambah pelaburan saham mulai tahun 2016
 

Tambahan saham yang diterima pada atau sebelum 30 Jun 2016 sahaja akan dikira dividen bagi tahun 2016 yang akan dibayar pada tahun 2017. Tambahan saham yang diterima selepas tarikh diatas akan dikira bagi dividen pada tahun berikutnya

Sila Fax atau Emailkan slip pembayaran beserta borang permohonan tambahan saham ke 
(saham@kpkp.com.my) sebagai bukti pembayaran
Tambahan mestilah dalam gandaan seratus
Anda boleh membuat pembayaran (deposit) ke salah satu no akaun KPKP yang disediakan seperti dibawah

CIMB :   8601314197

 

MAYBANK :   006016315096

Sila click muat turununtuk muat turun borang penambaham saham

Kadar baru had kelayakkan pemilikkan saham adalah seperti berikut

***Had kelayakkan baru penambahan saham adalah mengikut tempoh keanggotaan seperti berikut :-

 
BIL. TEMPOH KEANGGOTAAN (TAHUN) JUMLAH (RM)
1. 0 - 5 20,000
2. 6 - 10 50,000
3. 11 ke atas 100,000
     
   
   
   
  Bantuan Banjir
 
Untuk makluman kepada anggota KPKP yang telah terlibat dengan bencana banjir, anda bolehlah menghantar borang kebajikan bantuan banjir ke pejabat KPKP Kuantan atau di mana-mana pejabat cawangan. Permohonan haruslah beserta dengan dokumen sokongan pengesahan dari pihak-pihak berwajib seperti :-
 
i. Laporan Polis
ii. Jabatan Kebajikan Masyarakat
iii. Tok Penghulu
iv. Pihak Berkuasa yang diiktiraf
 
Anda boleh mendapatkan borang tabung kebajikan melalui laman ini dengan memuat naik borang di ruangan "Borang-borang" atau mengambil sendiri di pejabat KPKP, atau pejabat cawangan yang berdekatan.
   
   
 
  Pengesahan Penyata Tahunan 2014
 
Penyata tahunan bagi tahun berakhir 2014 boleh didapati di laman sesawang e-Semak. Anggota boleh terus mencetak penyata tersebut, serta membuat pengesahan dengan menekan butang pengesahan dan butang hantar
  Semakan boleh dibuat di www.ekpkp.com.my/semak
   
   
 
  Langkah-langkah Penstabilan Aliran Tunai KPKP
 
1.
WANG TAHANAN SETIAP PINJAMAN (DEPOSIT)

- Mesyuarat Anggota Lembaga telah memutuskan mulai 1 September 2014 setiap pinjaman anggota akan dikenakan 3 bulan wang tahanan (deposit). Wang tahanan tersebut akan dikembalikan setelah anggota selesai membayar balik pinjaman.
2.
HAD MAKSIMA PINJAMAN ANGGOTA

- Mulai 1 Ogos 2014 pinjaman anggota dihadkan sehingga RM50,000 sahaja, bagi mengawal aliran kewangan tunai KPKP.
3.
PEMBEKUAN PENGELUARAN 80% YURAN

- Mulai 1 Ogos 2014 
pengeluaran yuran awal tidak dibenarkan sehingga cukup tempoh matang. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak pengurusan KPKP bagi mendapatkan pencerahan maklumat.
5. SUMBANGAN MENUNAIKAN UMRAH & HAJI

- Melalui Jawatankuasa Pengurusan Kebajikantelah menetapkan seperti berikut :

Tarikh Kuatkuasa : mulai 1 Januari 2015

i. Sumbangan bagi anggota yang menunaikan umrah sebanyak RM200 seorang sekali dalam tempoh menjadi anggota.
ii. Sumbangan sebanyak RM300 lagi sekiranya anggota tersebut menunaikan fardhu Haji bersama dengan satu pasang kain ihram dan telekong perempuan
   
  Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pihak pengurusan KPKP
  Sekian harap maklum...
   
   
 
  mySMS KPKP
 
Kepada pengguna telefon bimbit yang telah berdaftar sebagai ahli komuniti mySMS (Rakan mySMS KPKP ) tetapi telah bertukar penyedia perkhidmatan dari satu syarikat telekomunikasi kepada syarikat telekomunikasi yang lain (MNP) dan belum menerima sebarang mesej dari mySMS KPKP anda dikehendaki menghubungi KPKP dan nyatakan pertukaran syarikat telekomunikasi yang terbaru. Ini membolehkan anda menerima maklumat terkini daripada KPKP.

Perkhidmatan hebahan sms 15888 hanya boleh diterima oleh pengguna yang menggunakan 4 Telco sahaja iaitu :
 
Bil. Telco
1. CELCOM
2, DIGI
3. MAXIS
4. TUNETALK
 
Perwakilan dan anggota disarankan untuk mengemaskini data peribadi seperti nombor akaun beserta salinan muka depan buku bank, nombor telefon dan lain-lain bagi memudahkan urusan koperasi.
   
   
  Aktiviti Semasa Sumbangan & Derma
i. Tabung Lahad Datu
ii. Anugerah Hadiah Kecemerlangan
iii. Aktiviti Petanque
iv. Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia
v. Lawatan Maktab Koperasi Malaysia
vi. Lawatan Koperasi Luar

Kursus & Seminar
i. Kursus Kefahaman Koperasi
ii. Kursus Motivasu (PERASA)

Pedoman
i. Hari Korporat (Setiap Hari Isnin)

Ladang-ladang
i. Ladang Kelapa Sawit (Bebar Pekan)


 
               
BIL. PELAWAT
Dikemaskini pada 15 April 2015 | 5.00 PM

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Hakmilik Terpelihara 2007-2015 © Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
PEJABAT URUSAN, TINGKAT 1, WISMA KPKP, JALAN GAMBUT 2, 25000 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-5178589, 5177932 | FAKS: 09-5145275 | EMEL: hq@kpkp.com.my

STESEN PETRONAS,SIMPANG SONGSANG, JALAN SERI SEMANTAN 8, BATU 3, JALAN TEMERLOH-MENTAKAB, 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL/FAKS : 09-2773620,

PEJABAT CAWANGAN JERANTUT TINGKAT BAWAH LOT 23, SRI INDERAPURA JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-2669312/2669313 | FAKS: 09-2669313
  Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Sesuai dipapar menggunakan IE 8 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024 X 768