E-KPKP INTRANET AHLI KPKP  
 

pure css menu by Css3Menu.com

 


AL ABRAR | TABUNG KEBAJIKAN AM

Tabung Kebajikan Am (Al Abrar) KPKP ialah satu tabung mengikut aturan yang diwujudkan di-bawah Undang-undang Kecil 8(3) dan 8 (4) KPKP 1995. Sumber kewangan tabung ialah dari peruntukan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan daripada keuntungan bersih KPKP serta caruman sebanyak RM5 sebulan bagi setiap anggota dan lain-lain sumber yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan.


  Tujuan Tabung Al Abrar ini ialah:
- Membantu anggota atau waris akibat kematian sendiri atau waris tersebut.
- Membantu anggota yang ditimpa kemalangan dan sakit berlanjutan.
- Membantu anggota yang ditimpa bencana.
- Membantu anak anggota yang diterima masuk ke IPT.
- Membantu anggota menunaikan haji untuk sekali sahaja
- Membantu anggota yang bersara dari jawatan.
- Memberi sumbangan kepada aktiviti Agama Islam.
- Membayar Zakat Harta dan aktiviti-aktiviti Koperasi.
- Memberi bantuan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan orang-orang yang ditimpa kesusahan.
- Membiayai kos pengurusan Koperasi.
- Amnya memberi bantuan kepada anggota-anggota Koperasi dan mendermakan pada jalan Allah.

  SYARAT-SYARAT MEMOHON:
-
Telah menjadi anggota dan mencarum RM5 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.
-
Mengemukakan borang permohonan rasmi yang disediakan di KPKP.
-
Mengemukakan apa-apa dokumen sokongan lampiran yang telah disahkan dalam perkara-perkara berkaitan.

  PENGAGIHAN DERMA:
1.
MASUK WAD
Perlaksanaan kadar baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011. Had maksima tuntutan tabung bagi setiap anggota ialah RM300 sahaja tidak termasuk bagi tuntutan bersara dan kematian Seorang anggota juga boleh memohon derma untuk lebih daripada seorang anak pada sesuatu masa bagi kes-kes malanjutkan pelajaran dan selainnya.

Kadar derma bagi masuk wad boleh dibuat walaupun menginap hanya satu hari sahaja dengan kadar seperti berikut:
Anggota:
7 hari ke atas - RM150.00
6 hari kebawah - RM20.00 sehari
  Waris:
7 hari ke atas - RM70.00
6 hari kebawah - RM10.00 sehari
  Dokumen diperlukan ketika mengemukakan tuntutan:
"Discharge Note".
 
2. KHAIRAT KEMATIAN
 
Anggota RM 1,000.00 seorang
Waris RM 300.00 seorang
Ibu/Bapa RM 100.00 seorang
 
(Waris termasuk isteri/suami dan anak termasuk Anak angkat yang sah dari segi undang-undang Pendaftaran Negara).

Dokumen diperlukan:
Sijil Kematian, Dokumen Pengesahan Waris
Sijil Kelahiran anggota (sekiranya ibu M/Dunia)

3.
PERSARAAN
Telah menjadi anggota KPKP bagi tempoh seperti berikut dan telah lulus berhenti anggota kerana persaraan.

> 10 < 15 tahun RM 200
> 15 < 20 tahun RM 400
> 20 < 25 tahun RM 800
> 25 tahun RM 1200

Pembayaran akan dibuat mengikut tarikh persaraan yang tercatat didalam surat persaraan.

Dokumen diperlukan ketika mengemukakan tuntutan:
"Surat Persaraan".

4. MENUNAIKAN FARDHU HAJI
Sekali sepanjang menjadi anggota.
Kadar derma : RM500 seorang.
Dokumen diperlukan ketika mengemukakan tuntutan :
"Surat daftar pengesahan menunaikan fardhu haji".

5. MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT:
Diploma : RM200
Ijazah dan ke atas : RM300

Dokumen diperlukan ketika mengemukakan tuntutan:

Surat tawaran Kemasukan ke IPT.
Resit pendaftaran Kemasukan.
Sijil Kelahiran Pelajar.

6.
BENCANA ALAM:
Kadar derma akan ditentukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan Mesyuarat Lembaga.

Semua tuntutan bagi bayaran saguhati bencana alam hendaklah disertakan dengan surat pengesahan dari Ketua Kampung, Laporan Polis dan lain-lain yang akan diputuskan oleh Lembaga sebagai bencana alam.

7.
PENYAKIT KRITIKAL:
Kadar derma akan ditentukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan Mesyuarat Lembaga.

Semua tuntutan bagi bayaran saguhati penyakit kritikal hendaklah disertakan dengan surat pengesahan dari Pegawai Perubatan yang sah.

Saguhati adalah bagi kes-kes pembedahan utama (major operation) sahaja, sakit jantung, buah pinggang dan barah serta lain-lain kes yang akan diputuskan oleh Lembaga sebagai penyakit kritikal.

 
 
               
BIL. PELAWAT
Dikemaskini pada 15 April 2015 | 5.00 PM

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Hakmilik Terpelihara 2007-2015 © Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
PEJABAT URUSAN, TINGKAT 1, WISMA KPKP, JALAN GAMBUT 2, 25000 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-5178589, 5177932 | FAKS: 09-5145275 | EMEL: hq@kpkp.com.my

STESEN PETRONAS,SIMPANG SONGSANG, JALAN SERI SEMANTAN 8, BATU 3, JALAN TEMERLOH-MENTAKAB, 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL/FAKS : 09-2773620,

PEJABAT CAWANGAN JERANTUT TINGKAT BAWAH LOT 23, SRI INDERAPURA JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-2669312/2669313 | FAKS: 09-2669313
  Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Sesuai dipapar menggunakan IE 8 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024 X 768