E-KPKP INTRANET AHLI KPKP  
 

pure css menu by Css3Menu.com

 


AL BAI'NAH | PINJAMAN ATAU JUAL BELI TUNAI/SEGERA

"Al-Bai' Ainah" maknanya pinjaman atau jual beli tunai/segera, bertujuan untuk mendapatkan lebihan dalam pinjaman atau jual beli dengan cara hikmat atau satu kaedah menjual sesuatu barangan ('ain atau nilaian yang bermanfaat) dengan harga tangguh kemudian membelinya semula daripada pembeli secara tunai dengan harga kurang daripada harga jualan.

TUJUAN :

Membantu anggota-anggota atau pekerja men-dapatkan kemudahan tunai bagi kegunaan peribadi dengan kaedah menjual sesuatu barang atau tunai dengan kaedah Al-Bai' Ainah. 

KAEDAH :
-
Koperasi akan menyediakan wang tunai atau satu barangan yang berharga milik koperasi untuk diberi pinjaman.
-
Koperasi akan menjual barangan tersebut kepada anggota atau pekerja yang memerlu-kan pinjaman wang tunai dengan harga tangguh dan kemudian membelinya kembali dengan harga tunai.
-
Koperasi akan mengeluarkan bayaran dalam bentuk cek kepada anggota atau pekerja di atas pinjaman/pembelian bagi aqad jual beli tersebut.

KELAYAKAN MENYERTAI AL-BAI' AINAH :
-
Telah menjadi anggota koperasi dengan menjelaskan syer minima sebanyak RM200 serta mencarum dalam Kumpulan Wang Modal Yuran anggota.
-
Berpendapatan tetap yang pada pendapat Lembaga mencukupi bagi menyertai rancangan ini.
-
Dapat mengadakan sekuriti yang akan ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
-
Pinjaman berlapis tidak dibenarkan dan anggota yang masih mempunyai baki pinjaman yang terdahulu hendaklah menjelaskan semua baki pinjaman tersebut.
-
Baki gaji bersih anggota setelah ditolak ansuran bulanan pinjaman yang dipohon hendaklah mengikut had yang ditetapkan oleh majikan anggota masing-masing.
-
Bagi permohonan Al-Bai' Ainah (Bercagar), modal yuran anggota hendaklah tidak kurang daripada 25% jumlah pinjaman yang dipohon.
-
Modal Yuran boleh ditambah pada bila-bila masa bagi melayakkan anggota mendapat-kan Al-Bai' Ainah (Bercagar).
-
Bagi permohonan Al-Bai' Ainah (Pendidikan), anggota hendaklah menyertakan salinan dokumen sokongan yang perlu dan disahkan berhubung dengan tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi terbabit. kelayakan pinjaman adalah bagi anggota, suami/isteri dan anak anggota sahaja.
-
Lembaga adalah berkuasa menimbang dan meluluskan sebarang permohonan Al-Bai' Ainah apabila berpuas hati bahawa ter-dapatnya keadaan-keadaan khas untuk ber-buat demikian dengan syarat sekurang-kurangnya 2/3 daripada kehadiran sesuatu Mesyuarat Lembaga itu bersetuju dengan keputusan berkenaan.

HAD AL-BAI' AINAH :

Setinggi-tinggi had Al-Bai' Ainah yang boleh di-berikan kepada anggota atau pekerja adalah seperti berikut :
-
Al-Bai' Ainah (Kecemasan) hanya diberikan kepada anggota sehingga RM5,000 tidak ter-masuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan.
-
Al-Bai' Ainah (Peribadi) diberikan kepada anggota dan pekerja tidak melebihi dari kadar (20) bulan gaji dan bagi anggota di campur dengan jumlah yuran berbayar atau RM50,000 mana-mana yang kurang tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan.
-
Al-Bai' Ainah (Bercagar) diberikan tidak melebihi dari kadar separuh daripada nilaian hartanah yang hendak dicagar atau RM100,000 kepada anggota dan RM50,000 kepada pekerja mana-mana yang kurang tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan. Anggota atau pekerja yang mendapat kemudahan Al-Bai` Ainah(Bercagar) tidak layak mendapat lain-lain kemudahan kecuali Al-Bai `Ainah (Kecemasan dan Pendidikan).
-
Al-Bai' Ainah (Pendidikan) diberikan tidak melebihi RM2,000 tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan ber-sangkutan yang dikenakan dengan syarat anggota yang kurang daripada dua tahun keanggotaannya hendaklah mengemukakan seorang penjamin bagi menjamin per-mohonan pinjaman tersebut.

TEMPOH BAYARAN BALIK AL-BAI' AINAH:
-
Bayaran balik Al-Bai' Ainah (Kecemasan) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 24 bulan.
-
Bayaran balik Al-Bai' Ainah (Peribadi) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 120 bulantertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Lembaga.
-
Bayaran balik Al-Bai' Ainah (Bercagar) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 120 bulantertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Lembaga.
-
Bayaran balik Al-Bai' Ainah (Pendidikan) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 48 bulan.


 
 
               
BIL. PELAWAT
Dikemaskini pada 15 April 2015 | 5.00 PM

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Hakmilik Terpelihara 2007-2015 © Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
PEJABAT URUSAN, TINGKAT 1, WISMA KPKP, JALAN GAMBUT 2, 25000 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-5178589, 5177932 | FAKS: 09-5145275 | EMEL: hq@kpkp.com.my

STESEN PETRONAS,SIMPANG SONGSANG, JALAN SERI SEMANTAN 8, BATU 3, JALAN TEMERLOH-MENTAKAB, 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL/FAKS : 09-2773620,

PEJABAT CAWANGAN JERANTUT TINGKAT BAWAH LOT 23, SRI INDERAPURA JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-2669312/2669313 | FAKS: 09-2669313
  Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Sesuai dipapar menggunakan IE 8 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024 X 768