E-KPKP INTRANET AHLI KPKP  
 

pure css menu by Css3Menu.com

 


KEANGGOTAAN
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada Warga-negara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun, bermastautin dalam kawasan per-jalanan Koperasi ini dan bekerja tetap dengan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan yang menyambung perkhidmatan dengan Syarikat atau Agensi berikutan dengan Pengswastaan Jabatan ber-kenaan atas Dasar Kerajaan dan masih terus menjadi anggota KPKP. Tidak bercacat cela di-sisi Undang-undang atau gila atau bankrap dan tidak disabitkan atasnya kesalahan yang kena di-daftarkan di bawah "The Registration of Criminals and Undesirable Person Act, 1969".


  KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA:
Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :-
a. warganegara Malaysia;
b. telah mencapai umur lapan belas tahun;
c. bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
d. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepas-kan, atau pernah dibuang daripada ke-anggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dengan mengisikan borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada Setiausaha Koperasi serta disertakan dengan fee masuk sebanyak lima ringgit (RM5). Fee ini akan dikembalikan kepada pemohon jika per-mohonannya ditolak oleh Lembaga.

Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee masuk sebanyak sepuluh ringgit (RM10).

Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran penuh dua ratus ringgit (RM200) syer dan yuran bulanan sebanyak enam bulan bolehlah melaksanakan segala hak, kewajipan dan laibiliti sebagai seorang anggota sebagai mana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Koperasi ini.

  YURAN ANGGOTA:
Yuran bulanan anggota Minima dikenakan sebanyak - RM30

  PERKHIDMATAN/FAEDAH YANG DISEDIAKAN:
- Pinjaman wang tunai melalui Pembiayaan Al Bai' Ainah dan Al Qardhul Hasan.
- Pembelian barangan pengguna secara kredit melalui Pembiayaan Al Bai' U Bithaman Aajil.
- Derma dan sumbangan melalui Tabung Kebajikan Am Al Abrar.
- Sumbangan hadiah kemerlangan pendidikan melalui Tabung Tarbiah.
- Simpanan dan perlindungan pinjaman melalui Pertaruhan Al Wadi'ah.
- Perniagaan insuran am dan hayat.
- Perniagaan stesen minyak dan Kedai Mesra Petronas.
- Perkhidmatan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu).
- Dividen tahunan atas caruman yuran dan saham terkumpul.
 
 
               
BIL. PELAWAT
Dikemaskini pada 15 April 2015 | 5.00 PM

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Hakmilik Terpelihara 2007-2015 © Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
PEJABAT URUSAN, TINGKAT 1, WISMA KPKP, JALAN GAMBUT 2, 25000 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-5178589, 5177932 | FAKS: 09-5145275 | EMEL: hq@kpkp.com.my

STESEN PETRONAS,SIMPANG SONGSANG, JALAN SERI SEMANTAN 8, BATU 3, JALAN TEMERLOH-MENTAKAB, 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL/FAKS : 09-2773620,

PEJABAT CAWANGAN JERANTUT TINGKAT BAWAH LOT 23, SRI INDERAPURA JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-2669312/2669313 | FAKS: 09-2669313
  Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Sesuai dipapar menggunakan IE 8 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024 X 768