E-KPKP INTRANET AHLI KPKP  
 

pure css menu by Css3Menu.com

  Perutusan Pengerusi 2016/2017
EN. AHMAD SHARIFUDDIN BIN HAJI SALLEH PKC.
 



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan hidayahNya...

Yang Hormat Dato', Tuan-tuan dan puan-puan,

Kegiatan pembiayaan tunai dan kredit pengguna terus dikekalkan sebagai aktiviti utama KPKP disamping perkhidmatan Stesen Minyak dan Kedai Mesra Petronas di Temerloh serta Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) di Kuantan dan Jerantut. Selain daripada aktiviti perladangan kelapa sawit yang diusahakan secara pajakan, KPKP juga menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan restoran dan juga perhotelan

Bagi tahun 2015, KPKP telah memperolehi pendapatan sebanyak RM23.43 juta berbanding RM25.32 juta yang diperolehi pada tahun 2014 iaitu penurunan sebanyak 7.46%. Penurunan ketara adalah daripada aktiviti jualan, khasnya di stesen minyak disamping restoran dan juga hotel.

Keuntungan bersih KPKP bagi tahun Kewangan 2015 adalah sebanyak RM3.96 juta berbanding RM4.77 juta pada tahun 2014 yang membawa kepada penurunan sebanyak 16.89% dan seperti yang telah dimaklumkan, keuntungan terjejas berikutan penurunan ketara daripada aktiviti jualan di stesen minyak, restoran dan juga hotel walaupun perbelanjaan keseluruhan dapat dikurangkan sebanyak 5.29%..

Pada tahun 2015 ini juga pihak KPKP telah berjaya membuat beberapa penambahan aset iaitu mendapatkan sebidang tanah seluas 200 ekor di Mukim Sungai Karang bagi tujuan penanaman kelapa matag yang mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Selain daripada itu juga KPKP telah membeli sebuah bangunan di kawasan Balok bagi tujuan penubuhan cawangan Ar Rahnu KPKP yang ketiga.

“Anugerah Inisiatif Laman Web Terbaik 2015” telah di anugerahkan oleh Angkasa kepada KPKP. Ini menunjukkan KPKP merupakan sebuah koperasi yang maju dan sentiasa mempertingkatkan lagi teknologi maklumat (IT). Kini bagi mengikuti perkembangan semasa, laman sesawang (www.kpkp.com.my) telah di naiktaraf kepada sebuah portal, yang mana cara pengolahan dan penyampaian maklumat terkini kepada anggota lebih tersusun dan mesra pengguna. Di laman sesawang ini juga telah disediakan pautan kepada sistem atas talian individu iaitu e-Semak.

Melalui semakan dari data transaksi sistem e-Semak tahun 2015 terdapat peningkatan dari 4475 orang anggota kepada 8016 telah berinteraksi secara atas talian (online). Ini menunjukkan keberkesanan sistem yang telah diimplimentasikan oleh pihak KPKP kepada anggota telah berjaya dan memudahkan anggota KPKP. Selain daripada itu kemudahan mesin kiosk di pejabat urusan KPKP di Kuantan juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Mesin ini disediakan bagi memudahkan anggota mendapatkan slip penyata individu secara terus dengan hanya menggunakan mykad. 


Sekian,
Wabillahhitaufik, walhidayah, wassallamulaikum, warahmatullah hiwabarokahtuh.
Terima kasih.



 
 
               
BIL. PELAWAT
Dikemaskini pada 15 April 2015 | 5.00 PM

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Hakmilik Terpelihara 2007-2015 © Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
PEJABAT URUSAN, TINGKAT 1, WISMA KPKP, JALAN GAMBUT 2, 25000 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-5178589, 5177932 | FAKS: 09-5145275 | EMEL: hq@kpkp.com.my

STESEN PETRONAS,SIMPANG SONGSANG, JALAN SERI SEMANTAN 8, BATU 3, JALAN TEMERLOH-MENTAKAB, 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL/FAKS : 09-2773620,

PEJABAT CAWANGAN JERANTUT TINGKAT BAWAH LOT 23, SRI INDERAPURA JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-2669312/2669313 | FAKS: 09-2669313
  Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Sesuai dipapar menggunakan IE 8 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024 X 768