E-KPKP INTRANET AHLI KPKP  
 

pure css menu by Css3Menu.com

   
 

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad (KPKP) telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1926 di Kuala Lipis Pahang dengan nama " The Pahang Government Servants Co-operative Thrift and Loan Society Limited " dan beroperasi di Pejabat Penerangan Kuala Lipis. Diasaskan oleh sekumpulan kakitangan Kerajaan Negeri Pahang dan diantara orang kenamaan yang pernah menjadi anggota ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Husin, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Pejabat operasi berpindah ke Transit Quarters di Jalan Kuantan apabila Kuantan dijadikan ibu negeri Pahang. Kemudian pejabat operasi telah berpindah pula ke Bangunan Mahkamah Kuantan. Seterusnya pada tahun 1952 pejabat operasi telah ber-pindah ke bangunan Cold Storage, Jalan Mahkota, Kuantan sehingga tahun 1960.

Dalam tahun 1960, KPKP telah membeli sebuah bangunan kedai dua lot tiga tingkat di Jalan Mahkota, Kuantan dengan nilai RM108,000 dan merupakan koperasi pertama di negeri Pahang yang mempunyai pejabat sendiri.

Pada tahun 1994, KPKP telah membeli sebuah bangunan kedai empat lot tiga tingkat di Jalan Gambut 2, Kuantan dengan nilai RM1.4 juta dan digunakan sebagai pejabat urusan KPKP sehinggalah ke hari ini.

Wisma KPKP telah dirasmikan pada 15 Jun 1996 oleh Yang DiPertua KPKP, Dato' Hj Md Sharif bin Hj Shamsuddin.



 
 
               
BIL. PELAWAT
Dikemaskini pada 15 April 2015 | 5.00 PM

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Hakmilik Terpelihara 2007-2015 © Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
PEJABAT URUSAN, TINGKAT 1, WISMA KPKP, JALAN GAMBUT 2, 25000 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-5178589, 5177932 | FAKS: 09-5145275 | EMEL: hq@kpkp.com.my

STESEN PETRONAS,SIMPANG SONGSANG, JALAN SERI SEMANTAN 8, BATU 3, JALAN TEMERLOH-MENTAKAB, 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL/FAKS : 09-2773620,

PEJABAT CAWANGAN JERANTUT TINGKAT BAWAH LOT 23, SRI INDERAPURA JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-2669312/2669313 | FAKS: 09-2669313
  Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Sesuai dipapar menggunakan IE 8 & ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024 X 768